Rabu, 21 Oktober 2009

Tentang Fatimah Az Zahra

Siti Fatimah Azzahra
Oleh Ustaz Syed Hasan Alatas

Allah berfirman yang bermaksud:
"Barangsiapa membantahmu tentang dia (Nabi Isa a.s.) setelah engkau menerima pengetahuan yang meyakinkan, maka katakanlah kepada orang itu, "Marilah kita panggil (kumpulkan) anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu, lalu marilah kita mohon kepada Allah supaya menjatuhkan kutukan-Nya kepada orang-orang yang berdusta". (Q.S.Aali 'Imran:61)
Ayat mubahalah ini diturunkan untuk menguatkan tentang kebenaran al-Quran yang menceritakan berkenaan Nabi Isa a.s. Ayat ini diturunkan pada tahun ke 10 hijrah kerana adanya tentangan dan pendustaan beberapa orang nasrani Najran yang menghadap Nabi s.a.w. Allah s.w.t. menyuruh Nabi s.a.w. mengatakan kepada mereka yang menentangnya, marilah kita ajak keluarga masing-masing ke satu lembah untuk berdoa'a kepada Allah s.w.t. supaya menjatuhkan kutukannya terhadap orang yang berdusta.
Lalu Nabi s.a.w. bersama keluarga baginda yang terdekat yaitu anak baginda Fatimah Azzahra, Saidina Ali bin Abi Thalib (menantu dan juga sepupu Nabi s.a.w.) dan cucu baginda al-Hasan dan al-Husain. Rasulallah s.a.w.menggendong saidina Husain yang masih kanak-kanak sambil mengganding Saidina Hasan yang sudah agak besar. Di belakang Rasulallah s.a.w. berjalan Siti Fatimah Azzahra dan Saidina Ali k.w. Mereka menuju ke lembah yang telah ditetapkan oleh kedua pihak.
Mubahalah itu tak jadi dilakukan karena pihak Nasrani Najran mengundurkan diri, karena mereka kuatir bencana akan menimpa mereka jika sekiranya mereka meneruskan juga mubahalah tersebut.
Siti Fatimah Azzahra putri bungsu Nabi s.a.w. meningkat dewasa bersamaan dengan pertumbuhan Islam disaat-saat menghadapi berbagai halangan dan rintangan dan disaat-saat amat genting. Siti Fatimah Azzahra dilahirkan pada hari Juma'at 20 Jumadil akhir tahun kelima sebelum Nabi s.a.w.menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraish sedang memperbaiki dan membangun kembali ka'bah disebabkan banyak kerusakan pada bangunan tersebut.
Siti Fatimah putri kesayangan Nabi s.a.w. mendapat gelaran Assidiqah (wanita terpercaya), Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberikahi Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak).
Jutaan Muslimat Ummat Nabi s.a.w. kemudian ramai yang menamakan putri mereka dengan Fatimah. Siti Fatimah Azzahra, lahir dan dibesarkan di bawah naungan wahyu Ilahi yang diterima oleh ayahandanya Muhammad s.a.w. Siti Fatimah dilahirkan dan dibesarkan ditengah keluarga suci. Siti Fatimah Azzahra menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud, menyembah Allah s.w.t., dengan tangisan kesedihan Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran yang taburkan oleh kaum Qurraish.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar