Rabu, 21 Oktober 2009

Mengenal Ahlul Bayt Rasullulah SAW

Mengenal Ahlul-Bayt Rasulallah SAW

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum w.w,
Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menghendaki supaya dihapuskan kekotoran (dosa) daripada kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya." (al-Quran s.al-Ahzab:33)
Ahlul Baiyt ialah keluarga Nabi s.a.w.yang sangat rapat dengan beliau. Diriwayatkan oleh ummu Salamah isteri Nabi s.a.w. Rasulallah s.a.w. berada di rumahnya sedang tidur dengan memakai kain selimut.
Apabila Fatimah anakanda Nabi s.a.w. membawakan untuk ayahandanya semangkuk Khazirah. Rasulallah s.a.w. bersabda kepada anakandanya Fatimah, "Panggillah suamimu dan kedua-adua anakmu Hasan dan Husain". Fatimahpun memanggil mereka semua.
Ketika mereka sedang duduk dan makan bersama Rasulallah s.a.w. maka turunlah ayat yang tersebut di atas. Ketika itu Rasulallah s.a.w.
memegang tepi kain selimut yang ada bersama Nabi s.a.w. dan menutupi mereka semua . Sambil menadahkan tangan, baginda berdo'a, "Ya Allah mereka ini adalah Ahlul Baiytku dan keturunanku maka hapuskanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya".
Nabi s.a.w.mengulangi do'a ini sebanyak tiga kali. Berkata Ummu Salamah, "Aku masukkan kepalaku dalam penutup itu, Nabi s.a.w. menarik selimut itu sambil bersabda, "Sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan", diulangi sehingga dua kali. (H.S.riwayat Thabrani dari Ummu Salamah)
Al-Fakhrul Razi menyebutkan dalam tafsir al-Kabir bahawa selepas
turun ayat yang bermaksud:
"Suruhlah ahli keluargamu sholat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya" (al-Quran s.Thaha:132).
Dalam hadis Nabi s.a.w. riwayat Hamad bin Salamah daripada Ali bin Zaid daripada Anas r.a.Rasulallah s.a.w setelah turunya ayat tersebut di atas, maka Rasulallah s.a.w. ketika melewati rumah Ali dan Fatimah, maka Rasulallah s.a.w.senantiasa menyeru mereka (keluarganya) untuk menunaikan sholat sambil membawakan ayat yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menghendaki supaya menghapuskan kekotoran dari kamu, hai ahlulbaiyt dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya." al-Quranulkarim)
Pernah terjadi suatu peristiwa, betapa tinggi sifat pengorbanan
yang telah diberikan oleh saidina Ali bin Abi Thalib, isterinya Fatimah
Azzahra dan kedua anaknya Hasan dan Husain tercatat dalam sejarah. Ketika siti Fatimah menghidangkan roti untuk mereka berbuka puasa, datanglah kepada mereka orang miskin, anak yatim dan tawanan perang yang sedang kelaparan dan meminta makanan. Dengan tidak ragu-ragu semua makanan diserahkan kepada mereka, sehingga mereka sekeluarga tidak ada makanan untuk dimakan, sehingga turunlah ayat bearmaksud:
"Mereka memberikan makanan yang sangat mereka perlukan, kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan, sesungguhnya kami berikan karena Allah, dan tidaklah tidak mengharapkan balasan ataupun ucapan syukur".
(a-Quranul karim)
Inilah sebahagian dari akhlak pengorbanan dari keluarga Rasulallah s.a.w. yang rapat sekali dengan baginda. Demikian pula Saidatuna Fatimah Azzahra meskipun beliau anak Nabi s.a.w. yang amat disayangi oleh ayahandanya, tetapi tangannya telah pecah-pecah karena menimba air dan mengisar gandum. Pernah beliau disarankan supaya meminta kepada ayahandanya seorang pembantu wanita untuk membantunya di rumah. Meskipun demikian
Nabi tidak mengabulkannya, hanya Nabi mengajar kepada Fatimah Azzahra supaya membaca zikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali.
Pernah terjadi suatu peristiwa dimana seorang tua sedang mengambil air udhu, hal ini diperhatikan oleh kedua-dua cucunda Nabi s.a.w. Hasan dan Husain. Cara kedua orang tua itu mengambil udhu tidak sempurna. Hal ini perlu dibetulkan, akan tetapi bagaimana mau membetulkan seorang tua yang perlu dihormati.
Kedua-dua anak yang bijak dan mempunyai akhlak yang mulia ini, telah berpura-pura bertengkar dan saling menyalahkan cara mengambil air udhu.
Orang tua di dekat mereka itu menyuruh kedua-dua mereka mengulangi cara
mengambil air udhu.
Orang tua itu merasa heran karena melihat kedua-dua cucunda Nabi s.a.w.begitu rapi cara mengambil air wudhunya, sehingga ia terasa, mungkin dirinya sendiri yang tak betul mengambil air udhu. Ketika orang tua itu bertanya siapa kedua-dua budak bijak ini, ternyata mereka adalah cucunda Nabi s.a.w. yang amat-amat dikasihi Nabi dan mendapat didikan langsung dari Nabi s.a.w. dalam banyak hal yang berguna.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar